Tuesday, August 30, 2022

PRU 15 - SIREH PULANG KE GAGANG

Pakatan Harapan melakukan satu kesilapan sangat besar! Sebelum pada itu, kemenangan PRU 14, PH, bukan satu kemenangan penentu yang besar. PH hanya menang 51% daripada jumlah 222 kerusi parlimen. Kemenangan ini adalah peluang besar yang diberikan sebahagian rakyat Malaysia, terutama pengundi-pengundi bandar dari kalangan intelektual, professional & usahawan-usahawan berjaya yang mengundi atas dasar "distributive politics" atau politik pengedaran.  "Distributive politics" atau politik pengedaran adalah perjuangan golongan liberalist yang mahukan hasil bumi atau faedah yang menjadi laba kepada kerajaan dibahagikan sama rata kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa atau agama mahupun jumlah perbedaan majoriti atau minoriti. Ini hasrat golongan pengundi bandar. PH juga mendapat sebahagian daripada undi-undi dari kawasan luar bandar yang mahukan kepimpinan yang mereka sokong dan merupakan penyokong tegar Tun Dr Mahathir & Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kembali kepada kesilapan PH, maka setelah diberi mandat rakyat dan setelah 100 hari, dalam bulan Oktober 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke 7 telah mengeluarkan kenyataan iaitu "manifesto bukan janji & manifesto ini merupakan satu beban"Ini merupakan satu pengkhianatan yang tidak akan dilupakan oleh 51% penyokong-penyokong PH dan perlu kita ingat sejumlah besar penyokong-penyokong ini adalah mereka yang dahulunya penyokong Barisan Nasional dan telah menjadi penyokong atas pagar. Perbuatan Tun Dr Mahathir kini telah menyebabkan golongan atas pagar ini merasakan mereka tertipu dan kini menunggu untuk PRU 15 bagi membalas perbuatan Pakatan Harapan yang telah memungkiri janji dan akhirnya, selepas 22 bulan, gabungan parti-parti politik ini telah berpecah akibat daripada tindakan rakus Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan secara mengejut. Ini pula dianggap satu pengkhianatan pecah amanah yang tidak harus dilakukan oleh seorang negarawan ulung.

Sebelum PRU 14, kempen-kempen berasaskan skandal Barisan Nasional disensasikan dan rakyat diyakinkan bahawa keadaan negara akan lebih baik selepas Pakatan Harapan mengambil alih. Selepas PH mengambil allih, kepimpinan PH terus menerus menyalahkan skandal 1MDB di dalam segala masaalah ekonomi yang dihadapi kerajaan PH tanpa berdasarkan fakta. Keadaan ekonomi Malaysia menjadi lebih buruk selepas Pakatan Harapan mengambil alih dan sebelum keadaan Covid 19 menjadi parah, kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh diatas hilang muafakat diantara mereka dan ini sangat menjengkelkan rakyat yang mahukan negara ini ditadbir lebih baik.

Rata-rata rakyat sekarang ini beranggapan bahwa pentadbiran dibawah Barisan Nasional adalah lebih baik daripada gabungan Pakatan Harapan walaupun PH menjatuhkan BN dengan hanya berpegang kepada isu 1MDB dan cukai GST. Selepas GST dimansuhkan, harga barangan tetap naik dan inflasi menjadi lebih buruk daripada sebelum GST dimansuhkan.

Sebagai penjelasan, 1MDB adalah satu isu pinjaman bercagar yang dibuat oleh Datuk Seri Najib atas sebab Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menyokong UMNO dari segi dana kewangan. Semasa Tun Dr Mahathir menjadi Presiden, dari mana datangnya dana politik UMNO? Dari kroni kroni yang Tun kawal dgn diberikan projek mega dan segala kontrak berat sebelah concessionaire. Bila projek projek kroni kroni Tun dihentikan, maka Tun marah pada DS Najib dan hentikan semua dana politik untuk UMNO. Melalui 1MDB, DS Najib berjaya dapatkan dana untuk UMNO dan projek projek mega kerajaan dan juga beli balik segala projek projek berat sebelah dari kroni kroni Tun, contoh IPP Tenaga.

Berikut kenyataan saksi-saksi dalam kes 1MDB membenarkan kebaikkan 1MDB antara lain;

1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyumbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang. Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.

2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden negara.

3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini (2019).

4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyaki hilang sebelum 30 Disember 2020.

Bagi menjawab kes SRC, kenapa secara tergopoh-gopoh Mahkamah Persekutuan mahu penjarakan DS Najib? Berikut adalah beberapa persoalan;

a. Kenapa, QC tidak dibenarkan untuk membantu DS NAJIB dlm kes SRC?

b. Kenapa bukti Zeti Akhtar terlibat dgn Jho Low tidak dibenarkan?

c Kenapa bukti hakim Nazlan terima Rm 1juta tidak dibenarkan?

d. Kenapa laporan SPRM berkenaan Hakim Nazlan tidak diambil tindakan oleh AG?

e Kenapa tergopoh gopoh penjarakan DS NAJIB?

f. Kenapa mahkamah tidak benarkan penangguhan untuk peguam baru menfailkan rayuan selepas kajian walhal untuk DS Anwar Ibrahim, 70 kali penangguhan dibenarkan ?

g. Berkenaan SRC, Rm 42 juta bercampur dgn duit dana dari Arab Saudi berjumlah Rm 2.6 billion dan saksi saksi memberikan keterangan berkenaan dana yg diberikan Raja Arab Saudi.


SIREH PULANG KE GAGANG

Kenapa PH, PN, GTA, dll, sangat takut untuk mengadakan pilihanraya tahun ini? Ini adalah kerana mereka memahami sentimen pengundi terutama melalui PRK (Pilihanraya Kecil) & PRN - Pilihanraya Negeri_Melaka & Johor.

Daripada 12 PRK yang dibuat (Dun & Parlimen), dari 2018 - 2020 , BN telah menang 7/12 iaitu sebanyak 58%. Daripada dua Pilihanraya Negeri - BN Menang besar di Melaka - 21 daripada 28 kerusi = 75% dan Johor menang melebihi 2/3 majoriti. 

Hasil analisa statistik di atas terdapat dua perkara ketara yang dapat dilihat dari segi trend terbaru sentimen pengundi. Kebanyakkan undi yang dimenangi oleh BN, terdapat peningkatan daripada undi golongan muda dan juga peningkatan ketara pengundi bangsa Cina kembali kepada BN.

Politik PRU 15, sudah melampaui politik skandal dan idealisma yang memungkiri janji manifesto mereka sendiri dan kegagalan PH untuk bersatu dan terus mentadbir negara. Ini sudah cukup untuk mentalkinkan kekalahan PH di PRU 15. Keadaan menjadi lebih buruk dengan kehadiran Rafizi Ramli yang terus menerus dengan politik retorika pembohongan dan formula songsang. Ini adalah formula PRU 14 yang sudah tidak lagi berkesan untuk PRU 15. PH perlu bersedia untuk kalah pada PRU 15 akibat perbuatan politik songsang mereka sendiri yang sudah tidak memperjuangkan kehendak rakyat!

 oleh

Noor Mohamed

30/08/22

9.20malam

Changlun. Felda Batu 8 

SELAMAT HARI MERDEKA