Isu Pembelian Kapal – Littoral Combat Ship (LCS)
Kronologi
• 2011 - Surat anugerah projek (letter of Award) diberi
• Jul 2014 - Kontrak dimeterai.
• Dis 2014 - Pembinaan bermula.
Mengikut jadual, kapal pertama
sepatutnya DISERAHKAN PADA_2019 tetapi Pakatan Harapam mengambil alih pada 2018
dan perjalanan projek ini diperlahankan dengan penubuhan jawatakuasa PAC untuk
siasat projek ini.
Tetapi dalam tempoh 26 bulan (termasuk
16 bulan bawah PH) dari Julai 2017 ke PRU14 hingga September 2019 ketika projek
dibekukan kerajaan PH, kemajuan projek cuma bertambah 11.7% ke 55.7% seperti
diberitahu Mat Sabu dalam jawapan parlimen dia.
Isu – Sigma atau Gowind?
Antara perkara yang dibangkitkan adalah
isu jenis Kapal – Littoral Combat Ship yang dimaklumkan bahawa saranan Ketua
Armada Tentera Laut Di Raja Malaysia mahukan Sigma tetapi Boustead, syarikat
yang diberikan kontrak pembuatan kapal ini mengesyorkan jenis LCS Gowind.
Anwar, Rafizi dan Nurul Izzah berkali kali menekankan bahawa saranan serta 10 pucuk
surat kepada Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tidak diendahkan dan diguna
pakai terma Abdul Aziz Jaafar (Ketua Armada Tentera Laut ketika itu) “something
was gravely wrong with that decision”.
Pertama, kita jawab kenapa pembelian peralatan
tentera diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BSN)?
Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
ditubuhkan pada tahun 2005 dan telah ditempatkan di Lumut, Perak dan terlibat
antara lain PEMBINAAN KAPAL-KAPAL BAGI KEGUNAAN TENTERA LAUT DI RAJA MALAYSIA.
Fakta yang menarik adalah syarikat ini dimiliki antara lain oleh LTAT_Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (pegangan ekuiti sebanyak 61%).
Adakah ini kali pertama Tentera Laut
menhadapi kelewatan menerima pesanan kapal-kapal bagi kegunaan mereka?
Tidak. Pada tahun 2005, PSC Naval
Dockyard telah gagal menyiapkan New Generation Patrol Vessels Contract (NGPV)
akibat kelemahan pentadbiran dan rasuah dalam syarikat tersebut. PAC yg
ditubuhkan telah mendapati salah tadbir dan rasuah dan seluruh pengurusan teratas
PSC Naval Dockyard telah ditukar dan akhirnya kontrak tersebut berjaya
disiapkan. Jadi ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku.
Berbalik kepada persoalan antara Sigma
dan Govind maka setelah mendapat maklumat teknikal berikut adalah perbandingan
antara Sigma & Govind
Sigma – Cost_USD 220 million
= RM 880 million
Kapal LCS jenis Sigma 10514 daripada
syarikat pembinaan Belanda Damen mempunyai SAIZ YANG LEBIH KURANG SAMA dengan
GOWIND dengan panjang 105 meter bagi berat rangka 2350 tan. Kapal jenis ini
juga DIGUNAKAN OLEH INDONESIA dan telah juga memesan dua lagi jenis kapal ini.
Kapal ini dilengkapi 16 MICA VL, MERIAM 76MM, 8 MM4Q EXOCET, DUA TIUB TIGA
RANGKAI Mu TORPEDO 90, 3D SMART RADAR-S-Mk2 dan KINGKLIP / CAPTAS 2 SONAR
SUITE.
Gowind – Cost_USD 375 million
= RM 1.5 billion
Kapal LCS jenis 2500 NAVAL GROUP GOWIND
dan dibina oleh syarikat pembinaan PERANCIS, DCNS. Kapal ini mempunyai ukuran
panjang 102 meter bagi berat rangka 2500 tan. . Kapal ini dilengkapi 16 MK 56 SILOS UNTUK MISIL (PELURU) ESSM, MERIAM
76MM, 4 MISIL JARAK JAUH ANTI KAPAL (MM40 BLOCK 3 C EXOCET), 16 SEL MENEGAK
UNTUK UNTUK MICA VL (NG) MISIL ANTI PESAWAT UDARA, DUA TIUB TIGA RANGKAI Mu 90
LIGHT TORPEDO ANTI KAPAL SELAM, HANGAR UNTUK KELAS
10 TAN HELIKOPTER. Terbaik bagi
digunakan untuk menghalang kapal selam. Dilengkapi KINGKLIP / CAPTAS 2 SONAR
SUITE dan ditambah dengan 3D SMART-S Mk2 radar daripada Thales.
PEBEZAAN UTAMA
·
16 MK 56 SILOS
UNTUK MISIL (PELURU) ESSM
·
HANGAR UNTUK KELAS
10 TAN HELIKOPTER.
·
MEMPUNYAI TOWED
SONAR
(A
towed array sonar is a vital sensor used by submarines and anti-submarine
warfare surface defense. Due to the sounds produced by submarines as they move
through water or noise from internal systems in operation, there is a need to detect
other sounds from external sources. This sonar is composed of a system of
hydrophones and is tugged a considerable distance behind a submarine using a
cable. These hydrophones are often kilometers away thus greatly improving the
signal-to-noise ratio. The towed array sonar is effective in the detection and
tracking of faint sounds such as the low noise-emitting submarine threats or
seismic signals. Surveillance Towed Array Sensor
Systems that are utilized by surface vessels have a sonar array that is
mounted on a cable that pulls a depth-adjustable remote-operated vehicle (ROV). For lower depths, a weighted cable
attached to the ROV connector may be dropped. The hydrophones are used to detect sound sources, but the real
value of the array is in the signal processing technique of beamforming and Fourier analysis. This provides distance calculation and
direction of the sound. It assists in the identification of the vessel type due
to the distinctive, acoustic signature of its internal machinery.)
Rumusan atas Perbezaan Teknikal
Di sini kita dapati, apa yang di-SPIN
oleh kepimpinan PKR bagi mengadakan satu skandal baru ala 1MDB (yang masih
belum berjaya mensabit kesalahan DS Nabjib selama 22 bulan lebih) telah
didapati sangat dangkal dan Anwar, Rafizi dan Nurul Izzah berkali kali
menekankan bahawa saranan serta 10 pucuk surat kepada Menteri Pertahanan dan
Perdana Menteri tidak diendahkan dan diguna pakai terma Abdul Aziz Jaafar
(Ketua Armada Tentera Laut ketika itu) “something was gravely wrong with that
decision”.
Jadi bila kita amati
perbedaan TEKNIKAL SIGMA & GOWIND maka kita dapati GOWIND mempunyai
kelebihan lebih sedikit daripada SIGMA.
Kita juga ingin mendedahkan bahawa,
MESIR, FILIPINA, OMAN, UAE & ROMANIA juga telah memesan KAPAL-KAPAL LCS
jenis SIGMA tapi apabila hampir untuk mendatangani kontrak, kesemua kontrak
pembelian ditukar kepada GOWIND atau jenama kapal selain SIGMA.
CEO Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS)
mempunyai alasan munasabah bagi meneruskan pembelian GOWIND.
Bagi pembelian peralatan perang berskala
besar, Malaysia mempunyai syarikat swasta yang dimiliki oleh LTAT iaitu
Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd maka segala pembelian khususnya bagi TENTERA
LAUT DIRAJA MALAYSIA diuruskan melalui syarikat swasta ini dan apabila PH
mengambil alih, keseluruhan PENGURUSAN ATASAN Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
telah ditukar dan dari 2017 hingga 2020, tidak ada pendakwaan yang dilakukan
walaupun pembayaran sebanyak RM 6 billion telah dilunaskan tetapi antara punca
kelewatan adalah MENTERI PERTAHANAN PH telah melewatkan projek ini dan
ditubuhkan PAC untuk siasat dan akhirnya dibekukan dari tahun 2019 untuk
dimulakan semula oleh PM 8, DATUK SERI ISMAIL SABRI pada Julai 2022.
Seterusnya SPRM masih menyiasat kes ini
dan Datuk Seri Hishamuddin telah memberi jaminan jika ada penyelewengan maka
tidak ada pihak yang akan dilindungi sepertimana yang berlaku pada PSC atas
masaalah sama pada tahun 2005.
Sekian