Monday, August 15, 2022

Kajian Kes - Raub, Pahang. Bencana Alam & Politik - TOLAK DAP!

Salam Sejahtera

Menurut kajian geologi, jika sesuatu tempat itu terdapat emas di dalam sungai-sungai tersebut maka ini adalah pentanda bahawa suatu masa dahulu tempat tersebut adalah kawasan gunung berapi. Dalam kerak bumi di kawasan yang ada emas, terdapat hydrothermal fluid iaitu tindakbalas yang berlaku antara batu lava panas dengan air maka fenomena ini adalah permulaan pembetukkan emas batu yang tersimpan dalam tanah. Apabila suhu meningkat dengan mendadak dalam kerak bumi ini maka akan berlaku keadaan di mana cecair yang bertindakbalas antara batu emas dan air itu tadi akan menjadi cecair ringan seperti embun dan keluar dari perut bumi terlepas ke ruang udara dan jatuh ke permukaan sungai atau ke dalam tanah. Jika proses ini berulang-ulang maka akan terdapat simpanan emas di dalam sungai dan juga kawasan sekitar gunung berapi ini hingga gunung berapi tersebut mati seperti mana yang berlaku di kawasan Raub dan kematian gunung berapi ini disebabkan satu fenomena yang dinamakan Permo-TriassicKajian yang dilakukan oleh Jabatan Mineral & Geoscience mendapati kawasan yang mempunyai kepadatan emas yang cukup tinggi adalah sekitar Raub-Kuala Medang-Lipis-Merapoh. Kaya-nya Raub dengan emas adalah asal kepada nama tempat tersebut. Adalah dikatakan emas yang terdapat di permukaan sungai sangatlah banyak hinggakan sesiapa yang meraup tangan ke dalam sungai sudah boleh mendapatkan pasir emas segenggam. Jadi dari situlah lahirnya nama Raub.

Antara tahun 1889 hingga 1960 - sebanyak 30 tan emas dikeluarkan daripada perut bumi Raub yang dilombong dan ini tidak termasuk perlombongan secara paloh dan menggunakan penapis kayu dengan pam enjin. Kegiatan perlombongan emas dengan menggunakan empang adalah permulaan kepada perubahan geografi fizikal aliran sungai-sungai yang terdapat di Raub. Kegiatan melombong emas di Raub berlaku selama lebih 100 tahun semenjak dari zaman British. Setelah merdeka, kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Pahang telah menggazetkan kawasan hutan simpan untuk menghalang dari kegiatan perlombongan emas yang boleh menjejaskan ekosistem hutan dan saliran sungai. Namun begitu kegiatan perlombongan emas haram tetap dilakukan dan mengikut siasatan pihak berkuasa, warga asing adalah antara dalang kegiatan ini. Empat daerah kini menjadi tumpuan sindiket melombong emas secara haram membabitkan Hutan Simpan Tersang, Raub; Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis; Hutan Simpan Ibam, Rompin dan Hutan Simpan Chini, Pekan dengan lokasi kegiatan lebih tertumpu berhampiran anak sungai.  

Selain daripada perlombongan emas, pembukaan ladang-ladang haram bagi mengusahakan durian jenis Musang King juga menjadi salah satu risiko kerana pencerobohan ini juga dilakukan di kawasan-kawasan hutan simpan. Antara kawasan dusun durian di Raub itu adalah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras. 

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri di mana setiap negeri dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar dan undang-undang perhutanan masing-masing. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan. Bagi memastikan pelaksanaan polisi dan program perhutanan dapat diselaraskan, Majlis Tanah Negara telah diwujudkan sebagai platform kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membincang perkara-perkara berkaitan polisi dan pengurusan perhutanan di Malaysia.

Adalah menjadi satu risiko yang besar jika pencerobohan hutan-hutan simpan dilakukan bagi tujuan membangunkan ladang-ladang seperti penanaman durian Musang King yang kini telah mencecah lebih 4400 hektar di kawasan Raub sahaja. Pada tahun 2017 sahaja,berdasarkan maklumat imej satelit kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluruh Malaysia yang telah diceroboh adalah seluas lebih kurang 19,700 hektar. 

Perkara ini dipandang serius oleh kerajaan negeri Pahang semenjak dahulu lagi tetapi apabila keadaan melampaui batas berlaku sehingga membawa risiko kepada rakyat jika kawasan tadahan air di dalam kawasan hutan simpan kekal dirosakkan disebabkan penggodolan tanah bagi tujuan menanam durian Musang King maka adalah wajar bagi Kerajaan Negeri Pahang bertindak secara proaktif sebelum keadaan pencerobohan ini mengundang bencana alam yang lebih serius.

Pada Julai 2021, Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil tindakan terhadap peneroka-peneroka haram Hutan Simpan kekal seluas 250 ekar di Raub atas kesedaran kesan ekologi jangka panjang disebabkan penerokaan secara haram kawasan hutan simpan yang dibangunkan untuk ladang Musang King.

Ini adalah isu bencana alam serta perlanggaran undang-undang oleh segelintir kumpulan orang yang terang-terang melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Ahli Parlimen Raub dari parti DAP, YB TENGKU ZULPURI SHAH BIN RAJA PUJI sepatutnya memahami bidang kuasa Kerajaan Negeri Pahang serta menasihati 18 peneroka haram yang telah melanggar undang-undang untuk menerima gesaan pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Ahli Parlimen DAP ini telah menggunakan peluang membela peneroka haram ini bagi mendapatkan mileage politik tanpa menghiraukan nasib ribuan penduduk Raub yang bakal berhadapan bencana alam yang sangat dashat sebagaimana yang berlaku di Baling, Kedah akibat daripada penanaman durian Musang King di Gunung Inas yang menyebabkan banjir lumpur berlaku apabila kawasan tadahan air pecah dan kawasan perkampungan dibawah gunung dilanda banjir lumpur yang dashat.

Inilah dasar politik DAP yang sanggup mengambil risiko bencana alam skala besar dalam mempertahan penceroboh haram hutan simpan Raub yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi memastikan kerosakkan ekologi di kawasan tadahan air di hutan simpam tidak dirosakkan yang bakal menjadi satu risiko kepada rakyat di sekitar Raub yang kini sudah menghadapi ancaman banjir besar akibat daripada fenomena alam semulajadi. 

Adakah kita perlu sokong dasar politik parti DAP yang bakal menjadikan bencana alam sebagai ancaman kepada majoriti rakyat setempat demi mempertahankan sekumpulan kecil penceroboh haram tanah hutan simpan milik kerajaan negeri tanpa perincian kepada masaalah yang dihadapi oleh kedua-dua pihak?

Tindakan yang lebih intelektual dan pragmatik telah dilakukan oleh Datuk Chong Sin Woon_Setiausaha Agung MCA pada 8 Julai 2021 (Khamis) di mana beliau telah berusaha untuk berjumpa dengan 5 daripada 18 pembuka tanah di Hutan Simpan dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian antara perundangan kerajaan negeri dan pembuka tanah yang tidak mendapat kebenaran. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan peluang agar ruang perbincangan dapat dibuka dan akur bahawa isu ini bukan perkara baru dan telah berlaku sekian lama. Inilah jalan kepimpinan politik yang prihatin tanpa emosi yang dilakukan dengan mengambil pandangan dan masaalah yang dihadapi semua pihak dalam isu ini. Politik matang yang diperlukan bagi Raub untuk menenangkan semua pihak dan mencari jalan penyelesaian bagi jangka masa panjang untuk kebaikkan semua pihak.


oleh

Noor Mohamed

15/08/22

2.47pagi

Changlun. Felda Batu 8