Sunday, August 14, 2022

Agenda DAP - Sosialisma Komunis , Dakyah Kristianisasi, Rasuah & Kongsi Gelap

Salam Sejahtera

Apabila Pakatan Harapan menang pada PRU 14 walaupun hanya mampu mendapatkan 51% daripada jumlah undian namun kemenangan ini adalah satu PELUANG KE-EMASAN bagi DAP, PKR & AMANAH dibawah seorang Perdana Menteri yang paling berpengalaman Tun Dr Mahathir bagi membuktikan mereka mampu membawa keyakinan bahawa Pakatan Harapan adalah gabungan yang paling layak membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang perlu mereka lakukan adalah dengan menonjolkan kaedah pentadbiran kerajaan yang berasaskan nilai-nilai murni yang berteraskan asas perpaduan kaum dengan menjadi sebuah kerajaan untuk semua bangsa di Malaysia dengan adil dan saksama.

Ini tidak berlaku. Sebaliknya, DAP, PKR dan AMANAH seakan-akan dirasuk rasa kebencian yang ketara telah dari hari pertama membalas dendam kepada BANGSA MELAYU dengan membuat dan menyokong tindakan-tindakan ANTI MELAYU & ANTI ISLAM.

Beberapa tindakan dapat disenarai satu persatu antara lain, ICERD yang bertujuan menghapuskan "Tanah Rizab Melayu, Regimen Askar Melayu Di-Raja,Undang-undang Syariah, UITM, Maktab Rendah Sains Mara, Kuota Bumiputera, Perkara 153 (Hak-hak keistimewaan orang Melayu), Perkara 152 (bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan), Perkara 3(1) (Islam sebagai agama Persekutuan) dan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran rasmi Islam di Malaysia (mengiktiraf Syiah, golongan Khawarij, Anti-Hadis, dll ajaran sesat)

DAP pula telah mula mengorak langkah dengan memulakan propaganda menyebarkan ajaran komunis di sekolah-sekolah menerusi penyebaran komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”. Skandal ini secara jelas membuktikan niat tersirat perjuangan DAP adalah menerapkan nilai-nilai sosialisma komunis bagi menghasut bukan Melayu di negara ini supaya menerima ideologi ini agar mudah mereka menjalankan propaganda seterusnya bagi menjadikan anak-anak muda Melayu pula menerima ideologi ini. 

Apabila kepimpinan DAP membawa pulang abu Chin Peng, ini adalah petanda mereka sangat mendewa-dewakan perjuangan komunis yang pada satu ketika dahulu telah mengancam kestabilan serta kedaulatan negara ini.

DAP sebenarnya menggerakkan kegiatan subversif dalam bentuk sebuah parti politik dengan menerapkan secara halus agenda mereka. Gabungan DAP bersama-sama PKR dan AMANAH dan kini dibawa masuk MUDA adalah untuk dijadikan boneka politik untuk menghasut orang-orang Melayu menerima anutan sosialisma komunis mereka. Ini pendekatan peringkat pertama. 

Tujuan DAP bersama-sama PKR adalah bagi menggunakan karisma agama serta kebolehan berpidato Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan Melayu PKR bagi menarik minat anak-anak muda Melayu supaya mengamalkan Islam Liberal. Melayu PKR mampu menarik golongan professional dan usahawan yang berpandangan liberal untuk TIDAK mengamalkan Islam secara FUNDEMENTAL yang jelas  bertentangan dengan gaya hidup Melayu Liberal ini. Nurul Izzah telah diberi peranan untuk mengutarakan pandangan Islam Plural dengan menerapkan ajaran tiada paksaan dalam agama dan jika ada orang Melayu yang ingin murtad maka kebebasan untuk menukar agama haruslah diberikan. Pandangan ini pula disokong oleh Mujahid Rawa.

Seterusnya bagi menguatkan usaha ini untuk melemahkan pegangan orang-orang Melayu Liberal kepada agama Islam maka AMANAH di tubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh DAP. Keseluruhan kepimpinan AMANAH adalah boneka DAP dan peranan mereka adalah mencorakkan Islam dalam acuan DAP dan memperjuangkan agenda Islam Liberal dimana segala perkara yang haram di dalam Islam haruslah di ringankan dan jangan di jadikan polemik. Mujahid Rawa diberikan peranan mengadakan pendekatan Rahmatan lil Alamin dan antara lain pendekatan ini adalah penerimaan golongan LGBT. Seterusnya Amanah diberikan peranan untuk membawa ajaran Syiah dan Khawarij masuk ke Malaysia. Mat Sabu setelah menang PRU 14 dan menjawat jawatan Menteri Pertahanan secara tidak rasmi telah melawat Iran. Perkara ini diketahui umum.

Parti MUDA yang ditubuhkan oleh Syed Sadiq ditaja sepenuhnya oleh DAP juga dan parti ini diberi mandat untuk menarik seramai mana golongan muda 18 tahun keatas, untuk menyokong agenda sosialisma dan Islam Liberal DAP.

Apabila orang-orang Melayu sudah mulai longgar dengan pegangan agama maka mereka sudah boleh berjinak-jinak dengan gaya hidup hedonisma iaitu mengamalkan pesta tari menari, pesta arak dan seks bebas. Kita juga mendapati usaha menghina Islam oleh orang-orang Melayu ini dan bukan Melayu seperti yang berlaku dikelab-kelab komedi di Kuala Lumpur adalah dibawah sokongan DAP. Apabila mereka ini didakwa maka peguam-peguam DAP tampil membela golongan ini. Individu utama yang mewakili golongan Melayu Liberal adalah Siti Kassim.

DAP seterusnya hebat menggiatkan usaha menentang segala keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah Malaysia terutama sekali dalam kes-kes yang melibatkan MUALLAF (orang-orang yang baru memeluk Islam) untuk murtad atau jika berlaku masaalah dimana salah seorang ibu bapa bukan Islam yang memeluk Islam dan kemudian mengIslamkan anak-anak mereka maka tindakan ini akan di cabar di Mahkamah Sivil oleh pasangan yang tidak setuju anak-anak mereka diIslamkan dan meminta kebenaran Mahkamah Sivil untuk membatalkan pengIslaman kanak-kanak tersebut. Ini semua sedang berlaku dan tidak ada siapa yang boleh menafikan perkara ini termasuk DAP. Ini adalah bukti kepada rencana Anti Islam DAP. 

Daripada keadaan ini , peringkat kedua, apa yang akan dilakukan oleh DAP adalah untuk menjadikan Melayu Liberal untuk menerima ajaran Kristian Kelahiran Semula yang cukup mudah dan sangat sesuai untuk dianuti oleh golongan Melayu Liberal ini.

Hujah diatas bukanlah momokkan atau sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu terhadap DAP. Ini adalah hakikat agenda perjuangan politik mereka dan peluang mereka tiba apabila Melayu berpecah sesama Melayu. DAP sangat suka jika orang-orang Melayu berpecah dan dalam istilah Superman-Dr Hew Kuan Yau "screw Melayu dengan Melayu". DAP sekarang menggunakan keseluruhan pimpinan Melayu dalam PKR , AMANAH & MUDA dan sebelum ini Tun Dr Mahathir juga telah digunapakai untuk agenda licik mereka. Kepimpinan Melayu pula disebabkan kebencian sesama mereka dan permusuhan dengan UMNO maka mereka biar diri mereka dipergunakan sebaik mungkin oleh DAP.

Menyokong hujah diatas, sekarang kita dapat melihat dengan jelas kenapa DAP sangat benci dengan kehadiran Dr Zakir Naik di Malaysia. Dr Zakir Naik adalah anak murid Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat, seorang da'e terkemuka dalam bidang perbandingan agama yang telah menentang dakyah Kristianisasi terutama agenda Kristian terhadap Muslim di Afrika Selatan. Dr Zakir Naik dikhuatiri akan mempengaruhi anak-anak muda Melayu dalam bidang dakwah dan seterusnya menggagalkan agenda sosialisma komunis dan dakyah Kristianisasi DAP. 

Penentang utama hasrat DAP ini adalah UMNO dan Barisan Nasional. UMNO telah berjaya membawa semangat muhibbah di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional dan seterusnya usaha DAP tidak akan berjaya jika UMNO & Barisan Nasional kuat dan mendapat sokongan terutama orang-orag Melayu. Maka bersama-sama PKR, AMANAH dan kini MUDA dan juga Bersatu dan Pejuang (GTA) maka di adakan propaganda demi propaganda bagi menghasut rakyat supaya menerima persepsi bahawa UMNO & Barisan Nasional adalah sebuah gabungan yang berasaskan rasuah dan korupsi.

Jika diamati persepsi ini maka kita akan dapati, DAP terpalit dengan beberapa skandal yang paling utama isu TEROWONG LIM GUAN ENG. Apabila skandal ini didedahkan, seluruh pimpinan DAP membuat helah dan menyokong LIM GUAN ENG. Apabila mereka berkuasa, kes ini digugurkan dan mereka terus menerus menyerang dan mendakwa kepimpinan UMNO dan tidak diberi peluang untuk membeli diri di ruang media dan terus dimalukan dengan pendakwaan yang tidak ada hujung pangkal.

Pendapat saya. Kita amat sedar bahawa di mana-mana pentadbiran kerajaan akan ada unsur DERMA POLITIK  kerana institusi politik memerlukan institusi ekonomi untuk membantu mereka menjana pendapatan kewangan untuk parti masing-masing. Sebuah parti politik di Malaysia, jika mempunyai ahli seramai 1 juta atau lebih, maka mereka memerlukan dana sebanyak Rm 10 billion setahun bagi menggerakkan agenda parti. Dari mana datangnya dana ini? Kebiasaan akan tampil dermawan-dermawan yang akan memberikan sumbangan bagi tujuan mendapatkan habuan apabila parti tersebut memenangi tempat dalam menguasai kerajaan negeri atau persekutuan.

Pada 2015 & 2017, Lim Guan Eng telah dituduh mengambil rasuah dalam skandal pembinaan terowong dasar laut dari Pulau-Pinang ke Butterworth dan dalam isu Terowong Dasar Laut, RM305 juta yang telah dibayar daripada kos RM6.3 billion terowong masih belum nampak sebarang hasil. Malah Lim Guan Eng sendiri sedang melalui proses mahkamah atas dakwaan menerima suapan rasuah RM3.3 juta berkaitan terowong tersebut.Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017. Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.

Pada 30 Januari 2020 , 8 orang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dadah di Pulau Pinang. Salah seorangnya bernama Ooi Chieng Sim. Ooi merupakan pemegang saham secara individu (bukan syarikat) yang terbesar dalam Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB), milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kenyataan media PBA  pada 31 Januari 2020,  mendedahkan Ooi menguasai 6,127,600 unit saham dalam PBA (1.85%) setakat 31 Disember 2019. Dalam tempoh hanya 9 bulan, Ooi telah meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat air Pulau Pinang itu sebanyak 800,000 unit. Beliau inilah yang dikenali sebagai Raja Dadah DAP. Ooi juga merupakan Pengerusi syarikat Heng Huat Resources Group dan ATTA Global Group.Heng Huat Resources (Ooi juga pemegang saham terbesar) dilihat mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Pulau Pinang.Laporan Tahunan PBAHB (setakat 1 April 2019), menyatakan Ooi menguasai 5,327,600 unit saham dalam PBA (1.61.%), iaitu ke-4 terbesar.Sebagai contoh, pada 14 September 2019, Ketua Menteri Chow Kon Yeow merasmikan projek baharu syarikat tersebut iaitu perusahaan sabut kelapa dengan ladang seluas 5 ekar di Setiu. Walau pun projek ini di Terengganu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang merasmikannya.Ia juga turut disertai Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang dan ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye.Manakala itu, ATTA Global giat membeli hartanah di serata Pulau Pinang, termasuk membeli 80% saham syarikat pemaju Sunrise Manner dengan bayaran tunai RM20 juta pada 4 September 2018. Timbul persoalan kini, dari hubungan baik antara Ooi dengan pemimpin DAP, apakah parti DAP telah digunakan oleh Ooi sebagai tempat beliau melakukan pengubahan wang haram yang diperolehi dari hasil pemprosesan dan pengedaran dadah? 

Pada September 2019, tertuduh, Datuk Lai Chin Wah (ahli DAP) yang terlibat sindiket menjual Mykad didalangi DAP Pulau Pinang selepas Ahli Parlimen Jelutong DAP, RSN Rayer menjadi peguam kepada Datuk Lai Chin Wah. Pada 12 September 2019, Mohd Faizul, Lai dan 4 yang lain didakwa di 2 mahkamah berasingan dengan 32 pertuduhan berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad kepada warga asing. Mohd Faizul, 34, didakwa dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 26E Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 466 Kanun Keseksaan (empat pertuduhan), dan Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dengan lima pertuduhan. Selain Mohd Faizul dan Lai Chin Wah, 4 lagi tertuduh adalah Loh Chan Cheong, 34, Chien Guan Chai, 36, Yap Cheng Wah, 44, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 56. Mohd Faizul didakwa membuat dan memalsukan kad pengenalan dan sijil kelahiran atas nama Ewe Chor Beng dan Tan Xiu Xiu, selain mengeluarkan kad pengenalan atas nama Lim Hock Eng, Yang Xiaohong, dan Pheh Jin Leong yang semuanya adalah warga China. Dia didakwa melakukan kesalahan sejak 20 September 2018 sehingga 3 Mei 2019 di JPN Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan di Jalan Anson, Georgetown.


DAP pada tahun 2008, apabila menang PRU 12 di Pulau-Pinang, telah menjadikan Red Rock Hotel yang terletak di Jalan Macalister sebagai kubu kuat mereka dan disitulah DAP Penang telah bertapak dengan menjadikan hotel tersebut Pusat Gerakan War Room. Red Rock Hotel adalah kepunyaan dua orang “Gangster” Cina yang dikenali sebagai – "the Seng brothers".Mereka berdua ini adalah daripada kumpulan kongsi gelap – Hung Mung yang bermakna “Pintu Merah”…Lazimnya, jika ahli kongsi gelap Cina ingin membuat perniagaan yang sah maka mereka akan masuk dalam bidang “construction”. Maka selepas Pulau-Pinang berjaya ditawan DAP atas sokongan undi dari orang-orang Melayu PAS dan PKR (ketika itu)….maka habuan yang diberi kepada the Seng brothers oleh kepimpinan DAP adalah dengan diberi projek-projek “construction” di seluruh Pulau-Pinang kepada syarikat “construction” milik Seng bersaudara ini yang diberi nama – Red Rock Constrcution Sdn Bhd. Selain daripada itu, MAFIA Penang ini juga telah menubuhkan – ” Red Rock Group of Companies” yang berselindung disebalik perniagaan haram – penyeludupan, menjual dadah, menjual pil-pil khayal (Happy 5 Pills), khidmat seks haram, ah long, peras ugut dll dan kini setelah berkuasa maka DAP telah memberikan perniagaan sah dalam bidang pembangunan hartanah dengan tertubuhnya Red Rock Construction Sdn Bhd kepada dua orang adik bradik MAFIA ini dengan bantuan pengundi-pengundi Melayu PAS dan PKR. Red Rock Hotel terletak di hujung persimpangan antara Macalister Road dan Aboo Siti Lane yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai – Sam Seng Hung…yang merupakan lubuk ganster Cina di Pulau Pinang. Di sinilah terdapat – pusat-pusat hiburan Aboo Siti Lane yang terkenal dengan disko-diskonya yang lebih hebat dari Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Selain dari disco, terdapat juga perkhidmatan seks kira jam bagi pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke pusat-pusat hiburan di sini.

Dengan penglibatan Low Eng Hock dari Ivory Property dan lain-lain syarikat hartanah di Pulau-Pinang, maka Red Rock Construction Sdn Bhd juga akan berkesempatan meluaskan perniagaan mereka yang HARAM dan HALAL apabila orang-orang Melayu Islam memberi sokongan kepada DAP menerusi PKR  dan AMANAH dan kini MUDA…..Maka segala macam FASAD (pencemaran) akan berlaku apabila TEROWONG RM 8 billion dibina dan ianya menguntungkan syarikat yang depannya BUMIPUTERA (ZENITH CONSTRUCTION) tetapi hakikatnya dikawal oleh gangster gangster Cina. Atas bantuan kerajaan DAP maka kini Red Rock Construction Sdn Bhd pula diberi peluang bagi membina projek-projek mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang-orang Melayu Islam di sekitar Logan Road.Inilah hakikat sokongan orang-orang Melayu Islam PKR, AMANAH & MUDA kepada DAP dimana kita menang sorak tetapi malangnya, kampung, maruah agama dan bangsa telah tergadai. 

Wahai orang-orang Melayu Islam  bangun dan sedarlah !

oleh

Noor Mohamed

14/08/22

3.36pagi

Changlun. Felda Batu 8